Isnin, 4 Julai 2011

Konsert kesenian bersama Pak Long

30 Jun 2011 jam 9.30 - 12.00 malam, alhamdulilah saya berkesempatan hadir konsert kesenian bersama komposer Pak Long. Saya dijemput oleh penganjur untuk memberi ucapan aluan. Antara ucapan saya :
  • Allah SWT amat mengetahui keperluan manusia. Ruh, akal dan jasad manusia memerlukan sesuatu untuk terus sihat dan subur.
  • Perlu kita sedar, kita memerlukan Allah SWT.
  • Islam itu bersifat lengkap dan sempurna. Semua keperluan hidup manusia ada jalan penyelesaiannya.
  • Muzik dan nyanyian yang tiada unsur maksiat menyihatkan dan menyuburkan akal.
Persembahan Pak Long dimulakan dengan intro ringkas untuk setiap lagunya. Beliau menyatakan Allah SWT Maha komposer(pencipta). Intro Pak Long untuk setiap lagu :
1. Lagu Al Jannah(syurga) : setiap manusia impikan syurga. Hanya Islam mampu menyediakan jalan ke syurga. Jalan-jalan lain semuanya tidak mampu membawa ke syurga.
2. Lagu Selagi Ada Rindu : sebagai tanda rindu beliau kepada ibu/bapanya yang telah kembali ke rahmatullah. Rindu terhebat ialah rindu kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Lagu ini ditangga 206 carta lagu dunia.
3. Lagu Kejora : Satu kesalahan kalau hanya menjadikan manusia(wanita) sebagai objek yang indah. Amat banyak ciptaan Allah SWT yang boleh dijadikan objek dalam penyediaan lagu seperti gunung-ganang, lautan, bintang, tumbuhan dan berbagai lagi. Lagu ini mempromosikan tempat-tempat menarik seperti Gunung Jerai, Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai. Kesemuanya terletak di negeri kelahiran Pak Long.

Secara keseluruhannya semua pengunjung terhibur dengan persembahan beliau.
Saya adalah individu terakhir Pak Long bersalaman sebelum pulang. Saya memeluk beliau dengan ucapan selamat maju jaya. Pak Long beserta rombongan beredar dengan ucapan salam dan beliau melaungkan takbir.

Saya berpendapat insan seni perlu kepada perhatian, bimbingan dan dorongan daripada para alim 'ulamak untuk mereka terus meningkat cemerlang dalam menyumbang hiburan yang bermanafaat kepada masyarakat.
Insan seni mampu memberi sumbangan yang besar untuk membangun masyarakat soleh.

Mereka kurang pembelaan. Majoriti masyarakat tidak melihat insan seni mampu memberi sumbangan yang hebat kearah pembangunan masyarakat. Insan seni(muzik/nyanyian) bagi mereka hanya pemuas nafsu mata dan telinga.

Hanya Islam mampu selamatkan semua lapisan dan kategori manusia dengan sempurna.

Ahad, 3 Julai 2011

Penipu dan ditipu

Fitrah setiap manusia hakikatnya :
1. Tidak suka menipu dan
2. Tidak suka ditipu.

Manusia juga :
1. Tidak suka dengan orang yang menipu dan
2. Bersimpati dengan orang yang kena tipu.

Kebenaran itu sudah pasti suatu yang tiada sedikit pun unsur penipuan.
Mudah-mudahan taufiq dan hidayah daripada Allah SWT menjadi asas untuk diri saya mengendalikan media yang bebas ini. Betapa banyaknya blog dan website yang muncul tanpa menjadikan kebenaran sebagai asas kendalian mereka.

Kita sebaiknya bukan sekadar tidak suka kepada penipu, tetapi membenci sesiapa sahaja termasuklah diri kita yang menipu. Kebanyakan manusia pernah mengalami pengalaman ditipu. Ia kadang-kadang amat menyakitkan hati. Lebih malang lagi sekiranya manusia ditipu sehingga kerugian yang kekal abadi.

Kebenaran itu amat membahagiakan. Kebenaran yang terhebat adalah yang kekal abadi. Semua manusia sentiasa mencari dan memburu kebahagiaan sejati. Oleh itu hati-hatilah daripada tertipu!. Penipu dan ditipu kedua-duanya merugikan.

Maka pendirian yang betul ialah sentiasa bersama-sama kebenaran walaupun kita keseorangan atau dalam kelumpuk yang kecil bilangannya. Mungkin ada pihak yang menganggap kita rugi atau bodoh. Hakikatnya kitalah yang beruntung. Merekalah yang rugi.

Allah SWT Maha benar.
Rasulullah SAW Al Amin adalah As Siddiq dan Al Amanah.

Allah SWT adalah sumber kebenaran sejati. Rasulullah SAW contoh sejati kebahagiaan hidup. Baginda adalah pembimbing unggul kebahagiaan manusia.

Beruntunglah kita yang beriman dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
InsyaAllah kita akan terhindar dari menjadi penipu dan ditipu.

Wallahu'alam

Bermulanya dalam keadaan dagang

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang menganugerahkan segala-galanya kepada seluruh makhlukNya.
  • Semesta alam adalah milikNya.
  • Semesta alam sentiasa dalam pentadbiranNya.
  • Semesta alam sentiasa sujud kepadaNya.
  • Manusia!!!, terkecuali daripada pentadbiran Allah SWT???.
* Dari mana kamu datang?
  • Dari ibu/bapa?. Merekakah yang mencipta kamu?.
  •  Wujudnya kamu secara kebetulan?Apakah ada sesuatu yang wujud secara kebetulan tanpa pencipta?  
  • Akal yang sihat pasti tidak dapat menerima sesuatu itu wujud tanpa pencipta :
          # makanan yang kamu makan terjadi sendiri.
          # pakaian yang kamu pakai terjadi sendiri.
          # kenderaan yang kamu naiki terjadi sendiri.
            TENTU AKAL KAMU TIDAK TIDAK DAPAT MENERIMANYA.
            
* Fikirlah!!!.
  •   Nyawa kamu : milik siapa? Milik kamu?.
  •   Otak kamu : kamu yang mentadbirnya? Bagaimana otak kamu berfungsi, dengan pentadbiran kamu?
  •   Seluruh anggota tubuh badan kamu : ciptaan kamu? Ia berfungsi dengan pentadbiran kamu?
Marilah kita menjadi orang-orang yang beruntung. Orang yang sedar bahawa ia adalah milik Allah SWT. Inilah cara berfikir dan keyakinan yang dagang.
Sekiranya seramai mana sekali pun manusia menolak cara berfikir dan keyakinan ini, yakinlah kita bahawa inilah pemikiran dan keyakinan orang-orang yang sihat akal fikirannya.

Rasulullah SAW telah menempuh fenomena ini difasa awal seruan Baginda. Rasulullah SAW beserta para pengikutnya dilihat sebagai pelik/dagang. Akal masyarakat jahiliah Mekah pada waktu itu gagal melihat kebenaran seruan Baginda walaupun ianya sangat mudah difahami.

Kecemerlangan Islam bermula dengan dagang.

BERUNTUNGLAH ORANG-ORANG YANG DAGANG.

Wallahu'alam.