Fitrah setiap manusia hakikatnya :
1. Tidak suka menipu dan
2. Tidak suka ditipu.
Manusia juga :
1. Tidak suka dengan orang yang menipu dan
2. Bersimpati dengan orang yang kena tipu.
Kebenaran itu sudah pasti suatu yang tiada sedikit pun unsur penipuan.
Mudah-mudahan taufiq dan hidayah daripada Allah SWT menjadi asas untuk diri saya mengendalikan media yang bebas ini. Betapa banyaknya blog dan website yang muncul tanpa menjadikan kebenaran sebagai asas kendalian mereka.
Kita sebaiknya bukan sekadar tidak suka kepada penipu, tetapi membenci sesiapa sahaja termasuklah diri kita yang menipu. Kebanyakan manusia pernah mengalami pengalaman ditipu. Ia kadang-kadang amat menyakitkan hati. Lebih malang lagi sekiranya manusia ditipu sehingga kerugian yang kekal abadi.
Kebenaran itu amat membahagiakan. Kebenaran yang terhebat adalah yang kekal abadi. Semua manusia sentiasa mencari dan memburu kebahagiaan sejati. Oleh itu hati-hatilah daripada tertipu!. Penipu dan ditipu kedua-duanya merugikan.
Maka pendirian yang betul ialah sentiasa bersama-sama kebenaran walaupun kita keseorangan atau dalam kelumpuk yang kecil bilangannya. Mungkin ada pihak yang menganggap kita rugi atau bodoh. Hakikatnya kitalah yang beruntung. Merekalah yang rugi.
Allah SWT Maha benar.
Rasulullah SAW Al Amin adalah As Siddiq dan Al Amanah.
Allah SWT adalah sumber kebenaran sejati. Rasulullah SAW contoh sejati kebahagiaan hidup. Baginda adalah pembimbing unggul kebahagiaan manusia.
Beruntunglah kita yang beriman dengan Allah SWT dan Rasulullah SAW.
InsyaAllah kita akan terhindar dari menjadi penipu dan ditipu.
Wallahu'alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan